Tuesday, April 19

Keutamaan berjamaah di Masjid bagi wanita..

Musaddad menyampaikan kepada kami (katanya), daripada Yazid bin Zari’, daripada Ma’mar, daripada az-Zuhri, daripada Salim bin Abdullah, daripada bapanya, daripada Nabi saw, bersabda Baginda: “Apabila isteri seorang kamu meminta izin (ke masjid) maka janganlah ia menegahnya”. (Bukhari)



Wanita tidak diwajibkan bersolat jamaah di masjid. Sebaliknya wanita dianjurkan untuk solat di rumahnya kerana fadilat (keutamaannya) lebih besar dibandingkan dengan solat berjamaah di masjid dengan alasan ianya lebih tertutup dan lebih aman daripada fitnah (kesempurnaan hijab). Jika kaum wanita mengetahui yang demikian, pastilah mereka tidak meminta untuk keluar ke masjid kerana berkeyakinan bahawa pahalanya lebih banyak daripada solat di rumahnya.


Namun begitu, tidak dinafikan juga bahawa para wanita diharuskan solat berjamaah di masjid. Bahkan harus bagi wali atau suami untuk tidak melarang mereka jika hendak solat berjemaah di masjid kerana Rasulullah saw tidak mencegah sama sekali para wanita untuk solat berjamaah di masjid bersama Baginda sampai masa kewafatannya. Demikian juga para khulafa’ ar-Rasyidin.

Namun perlu diingat bahawa keizinan itu hendaklah bergantung kepada syarat-syaratnya seperti:

  • Tidak memakai wangi-wangian.
  • Tidak bertabarruj (berhias atau bersolek).
  • Tidak memakai gelang kaki yang dapat didengari bunyinya.
  • Tidak memakai baju yang menarik pandangan orang.
  • Tidak bercampur dengan kaum lelaki sehingga boleh menimbulkan fitnah.
  • Tidak terdapat sesuatu yang dapat menimbulkan kesesakan di jalan yang akan dilewati.

Oleh itu bagi wanita yang mahu mengerjakan solat berjamaah di masjid wajib mematuhi syarat-syarat tersebut kerana semua perkara yang disebutkan tadi mengandungi unsur penggerak dan pengundang syahwat kaum lelaki jika tidak dipatuhi.

solat lah di masjid selagi ianya menambahkan kekhusyukannmu. setelah ditanyakan hal ini kepada Ustaz Zul,dalam hal wanita kemasjid ini,ada berlaku khilaf. Sesetengahnya mengatakan harus untuk berjamaah selagi ia mematuhi peraturan diatas. Wa Allahu Taala a'lam.

'Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan ke masjid-masjid di waktu gelap bahawa dia akan mendapat cahaya yang sempurna di Akhirat kelak"
(Hadith riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

Rasulullah bersabda : Seseorang itu mengambil wuduk dengan sempurna lalu berjalan ke masjid semata-mata untuk bersolat, maka setiap langkah yang dilangkahinya akan ditingkatkan satu darjat,(langkah yang sama) digugurkan satu dosa, dan diberikan satu pahala. Setelah bersolat, jika dia terus duduk di dalam masjid (dengan keadaan berwuduk)
maka para malaikat akan memohon rahmat dan keampunan untuknya. Selama mana dia terus menunggu untuk menunaikan solat yang seterusnya maka dia akan terus mendapat pahala solat selama masa dia menunggu solat tersebut.
(riwayat Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Ingat u ols,27 kali ganda tawaran Allah bagi.(^_^)


3 comments:

  1. wah~ terima kasih. artikel ini sangat membantu! Izinkan saya berkongsi dengan yang lainnya ya :)

    ReplyDelete
  2. terima kasih..

    saya kadang2 confius dgn hukum ni tapi awak dah explain. dengan cara senang difahami :)

    :)

    ReplyDelete
  3. iqbalsyarie :
    ilmu tu Allah punya.hidup berkongsi kan lebih baik.:)

    sayoobaek :
    sebab ia khilaf,banyak ulama berbeza pendapat. kalau ada salah,sila tegur yeh.(^_^)

    ReplyDelete