Tuesday, April 26

Nota dalam Bersahabat


Segala puji dan syukur kepada Allah.
Dengan nama-Nya yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.

Dinukil dalam kitab Ahasin al-Kalim Syarah al-Hikam, Abu al-Hassan al-Syazili berkata :

'Janganlah kamu bersahabat dengan orang yang mengutamakan dirinya daripada dirimu, maka sesungguhnya tabiatnya jahat. Dan jangan bersahabat dengan orang yang diri kamu daripada dirinya, maka sesungguhnya ia jarang kekal. Dan bersahabatlah dengan orang yang sentiasa mengingatkan kita kepada Allah s.w.t. Maka Allah s.w.t mengkayakannya dengan dia apabila bersama dan dia menggantikannya apabila tiada. Mengingati-Nya merupakan cahaya hati dan penyaksian-Nya merupakan kunci-kunci segala ghaib.'

'kekasihku pernah mewasiatkan kepadaku dan seraya berkata : Jangan kamu pindahkan kedua-dua kakimu kecuali kamu berharap akan pahala Allah, jangan duduk kecuali aman daripada maksiat Allah dan jangan bersahabat kecuali dengan orang yang membantu taat kepada Allah dan jangan kamu pilih untuk dirimu kecuali yang menambahkan keyakinanmu. Mereka itu ialah golongan yang amat sedikit.


Ahli Tasawuf pula berkata :

'Hendaklah bersama orang-orang yang mementingkan dengan beradab, bersederhana juga yang mengutamakan akhirat dengan ilmu dan bersama al-'arifin sebagaimana yang kamu suka'

Sahl bin Abdullah pula berkata :

' Berhati-hati dalam bersahabat dengan tiga golongan manusia ini iaitu pembesar yang lalai, ahlu qurra' (pembaca-pembaca al-Quran) yang menipu dan orang tasawwuf yang jahil.

terdapat riwayat bahawa Allah mewahyukan kepada Nabi Musa AS :

maksudnya : Wahai Ibn Imran (Musa), jadilah kamu orang yang berwaspada dan carilah ikhwan (sahabat) bagi dirimu, dan setiap saudara dan kawan tidak menolong kamu untuk keredhaan-Ku, maka bagimu merupakan musuh dan penyebab.



bersahabatlah dengan orang yang apabila kamu sakit dia menziarahimu, apabila kamu melakukan dosa dia meminta keampunan untukmu.

Sumber : Nota untuk Anakku
Penulis : Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri


Ukhuwah dan kasih sayang mukmin terhadap sahabatnya tidak diukur dengan kerapnya bersua, bukan dengan hangatnya rindu, tidak dengan manisnya cinta, bukan kerana selalu bersama, tapi dinilai sebanyak mana nama sahabatnya meniti dibibirnya disaat dia mendoakan kebaikan untuk diri sahabatnya.



Sesungguhnya Engkau tahu
Bahawa hati ini telah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu

Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya


sejuk hati bila mengingatinya.
teringin bersua dengannya setiap masa.
rasa kurang kalau tak bergurau senda.

indah hidup bersahabat.
lagi indah bersahabat dengan sahabat yang saling mengingatkan.
sebab,hidup ni bukan hanya untuk diri sendiri.
kan?

(^____^)

Semoga sampai syurga.
Amin Ya Rabb.



No comments:

Post a Comment