
Selawat dan salam buat Baginda Nabi Muhammad, penghulu segala nabi,buat ahli keluarga baginda dan sahabat-sahabatnya.
-doa memagari dan melindungi diri-
Dengan nama Allah, tiada tuhan melainkan Allah sahaja, tiada sekutu baginya, baginya kerajaan dan baginya juga segala pujian dan Dia Maha Berkuasa di atas segalanya.
(riwayat Bukhari dan Muslim)
mari baca cerita.:)
Malaikat dengan tiga lelaki cacat.
Ada tiga lelaki bertemu. semuanya cacat. Lelaki pertama terkena penyekit sopak. Lelaki kedua pula botak, kepalanya tidak pernah ditumbuhi sehelai rambut pun. Sedangkan lelaki ketiga buta. Kedua-dua matanya tidak boleh melihat apa-apa.
lelaki yang tekena penyakit sopak berdoa kepada Allah,
"Ya Allah ya Tuhanku! Sembuhkanlah aku dari penyakit sopak yang menutupi kulitku dan menyebabkan hodoh rupa serta bentukku ini'
lelaki botak tak mahu mengalah. Dia menadah kedua tangannya kelangit lalu berdoa,
" Ya Allah, Ya Tuhanku! sembuhkanlah diriku dari penyakit botak ini. Tumbuhkanlah rambut dia atas kepalaku sebagaimana manusia pada umumnya"
Tidak ketinggalan, lelaki buta juga berdoa,
" Ya Allah Ya Tuhanku! Sembuhkanlah diriku dari kebutaan ini dan jadikanlah mataku boleh melihat sebagaimana manusia lain"
Pada waktu doa tadi dipanjatkan, ada malaikat turun dari langit. Malaikat itu menjelma dalam bentuk seorang lelaki yang berwajah tampan dan bercahaya. Dia diperintahkan oleh Allah supaya menguji ketiga-tiga lelaki tadi. Lalu malaikat mendekati ketiga-tiga lelaki itu dan bertanya sorang demi seorang mengenai apa yang mereka minta dan harta apa yang mereka paling sukai.
Maka lelaki berkulit sopak menjawab, "aku minta tubuhku cantik dan berkulit bersih dan mulus, dan harta yang aku sukai adalah unta."
Lelaki botak berkata " Aku meminta rambut yang lebat dan hitam, yang membuatkan kepalaku cantik. Sedangkan harta yang paling aku sukai adalah lembu."
Lelaki buta menyahut, " Adapun aku berharap Allah berkenan menyembuhkan mataku dan mengembalikan pengelihatanku. Harta yang paling senangi adalah kambing"
Setelah mendengar itu semua, malaikat mengusap kulit si sopak dengan tangannya. seketika itu juga, kulitnya berubah menjadi cantik seperti yang dimintanya. Lelaki itu pun mendapat seekor unta yang bunting hampir melahirkan.
Kemudian malaikat mengusap kepala si Botak. Tiba-tiba, rambut yang hitam dan lebat telah menghiasi kepalanya yang tadi botak dan licin. Lantas, malaikat pun memberikannya sekor lembu yang sedang bunting dan hampir melahirkan jugak.
Akhir sekali, malaikat mengusap mata lelaki buta. mata itu sembuh dan boleh melihat. lalu, malaikat itu memberinya kambing yang sedang bunting dan hampir melahirkan.
Waktu pun terus berlalu...Hari bganti hari, tahun berganti tahun.ketiga2 lelaki itu hidup makmur dan bahagia.Mereka menjadi orang kaya yang dihormati orang. Mempunyai banyak harta atas rezeki Allah yang melimpah ruah. Allah ingin menguji ketiga2 orang lelaki tersebut. Dia mengutus kembali malaikat yang dulu pernah diutuskan untuk menyembuhkan mereka. Kali ini malaikat menjelma sebagai lelaki yang miskin, pakaian compang camping dan kotor.
Mula-mula, malaikat itu pergi menemui lelaki pertama dan berkata, " Aku meminta padamu yang memberikan tubuh cantik dan harta yang melimpah. Aku meminta engkau berkenan memberikan bekalan padaku bagi meneruskan perjalanan."
Lelaki itu menjawab,
"Ini hartaku. Aku warisi dari datukku. Aku banyak urusan. Pergilah, tak ada tempat untuk pengemis kotor dan pemalas sepertimu!"
Malaikat pun pergi meninggalkan lelaki pertama dan beranjak menuju ke tempat lelaki kedua dan meminta sepertimana diminta kepada lelaki pertama tadi.
lelaki itu menjawab,
"Aku warisi hartaku ini daripada nenek moyangku. pergilah kau dari sini wahai pengemis kotor!"
Malaikat pun pergi meninggalkannya untuk menemui lelaki ketiga. Setelah bertemu, dia berkata, dengan nama Allah, Tuhan yang mengembalikan pengelihatanmu. Berilah aku seekor kambing agar aku boleh meminum susunya dalam perjalanan.
Lalu lelaki ketiga menjawab,
" Ya, dulu aku memang buta, lalu Allah mengembalikan pengelihatanku. Sebagai rasa syukurku, ambillah beberapa ekor kambing yang kau sukai dan tinggalkanlah sebahagian. Demi Allah, Aku tidak menghalangimu untuk bersama menikmati rezeki yang dikurniakan Allah kepadaku."
Malaikat itu lalu berkata, " Hartamu akan tetap menjadi milikmu, Allah s.w.t telah menguji kamu bertiga. Allah memberi redhaNya padamu, kerana kau mahu mensyukuri nikmat dan menyedekahkan sebahagian rezeki yang diberikan Allah kepadamu. Namun, Allah murka kepada kedua2 orang temanmu yang mengingkari nikmatNya dan tidak mahu besedekah. Kini, mereka berdua kembali seperti sediakala. seorang kulitnya kembali sopak dan hartanya lenyap, dan seorang lagi kembali botak dan miskin, tidak memiliki apa-apa..
"...Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah nikmat kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmatku, maka sesungguhnya azabku sangat pedih."
(surah Ibrahim [141:7])
Sumber : Ketika Cinta Berbuah Syurga
Habiburrahman El Shirazy

..النعمة وحشية فقيدوها بالشكر..
Nikmat itu umpama binatang buas, hendaklah diikat dengan tali syukur.

Berhati-hatilah dengan dunia kerana halalnya dihisab, haramnya diazab.
..moga terus bersyukur..
tutup majlis dengan istigfar.
:)

bersyukurlah dengan nikmat yg ad. :)
ReplyDelete:)
ReplyDeletebetul3..lagi bsyukur,lagi Allah tambah nikmat tu.kan..