
بسم الله الرمن الرحيم
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Haqim menceritakan, pada zaman dahulu ada seorang ulama' Islam yang terkenal bernama Ali bin fadhil. Beliau terkenal kerana sifatnya yang warak serta tidak mempedulikan kemewahan dan kebesaran dunia. Di sebabkan sifat pekertinya itulah dia amat dicintai oleh umat Islam di zamannya..
jeng3.mai baca smpai tammat.
Pada suatu hari, ulama' besar itu telah pergi ke Mekah kerana hendak menunaikan haji. Ketika beliau sedang mengerjakan tawaf di Kaabah iaitu ditengah-tengah lautan manusia ketika itu, tiba-tiba seorang pencuri telah berjaya mencuri dompetnya. oh.sangat x senonoh yea mencuri dompet orang. ok,sambung cerita. lepas beliau selesai tunaikan tawaf, barulah beliau sedar dompetnya sudah tiada..Dengan tenang, dia menghadapi kejadian itu sebagai ujian dari Allah. Ayahnya yang melihat peristiwa itu berasa hairan dengan sikap anaknya. Dia kelihatan seolah-olah tidak ada apa2 berlaku.
Tapi, tetiba je Ali bin Fadhil itu menangis.teresak-esak dia menangis..melihatkan anaknya menangis, ayahnya pun datang menghampiri anaknya sambil bertanya :
"hai anakku,adakah engkau menangis kerana wang yang dicuri itu?"
"tidak lah ayah..apalah yang nak ditangiskan kalau itu kehendak takdir..", kata Ali sambil mengesat air matanya.
"sebenarnya saya menangis kerana kasihan mengenangkan nasib orang yang mencuri wang saya itu. ini kerana dia tidak akan berupaya hendak membela perbuatannya dihadapan Allah di hari akhirat kelak..."
ha.camtu lah keadaan orang yang beriman..mereka sentiasa memandang kecil pada kerugian harta benda yang tidak kekal. Dosa yang kecil umpama sebuah bukit menimpa diri..
Daripada buku : Himpunan cerita-cerita wanita dan laki-laki dalam Al-Quran dan Hadith,
Nurulhas.
Ya Allah, janganlah Engkau biarkan kami dalam keadaan berdosa melainkan Engkau ampuni, dan tiada suatu keaiban melainkan Engkau tutupkan, dan tiadalah kedukaan melainkan Engkau hilangkan, dan tiadalah hutang melainkan Engkau selesaikan dan tiadalah keperluan dunia akhirat, yang Engkau redhai serta baik untuk kami, melainkan Engkau tunaikan, Wahai Tuhan yang maha mengasihani.
Amin.

semuga Allah terus bersimpati dan memberi peluang memperbaiki diriku setiap saatnya.

No comments:
Post a Comment